Mengapa Barang Kemas Tidak Sesuai untuk Pelaburan?


Kita sering kali terlalu bersemangat untuk melabur dalam emas tanpa asas ilmu yang mencukupi. Hal ini boleh menyebabkan keputusan pelaburan yang tidak bijak dan merugikan. Salah satu kesilapan umum adalah membeli barang kemas sebagai pelaburan. Walaupun barang kemas boleh menyimpan nilai, ia tidak ideal sebagai alat pelaburan. Jika sudah terbeli barang kemas untuk pelaburan, teruskan menyimpan emas tersebut kerana tidak akan rugi selagi tidak menjualnya. Namun, untuk mendapatkan keuntungan, anda mungkin terpaksa menunggu beberapa tahun disebabkan faktor-faktor berikut:

1. Harga Per Gram Lebih Mahal

Harga barang kemas yang ditetapkan oleh persatuan kedai emas biasanya 10 hingga 15 peratus lebih mahal berbanding harga emas pelaburan 999. Perbezaan ini disebabkan oleh kos upah dan reka bentuk barang kemas itu sendiri. Kos ini termasuk upah untuk membuat reka bentuk yang menarik dan rumit, yang menambah kepada harga per gram emas tersebut.

2. Kadar Spread Sangat Tinggi

Kadar spread atau susut nilai akan menentukan berapa banyak dan berapa cepat kita boleh menjana keuntungan daripada emas yang dibeli. Spread barang kemas rata-ratanya sekitar 25 hingga 40%, berbanding dengan emas pelaburan 999 yang kurang daripada 10%. Spread yang tinggi bermaksud anda perlu menunggu lebih lama untuk harga emas naik sebelum boleh menjual dengan keuntungan.

3. Kos Upah yang Dimanipulasi

Kos upah barang kemas bergantung kepada kehalusan reka bentuknya. Semakin halus dan cantik reka bentuk, semakin tinggi kos upah yang dikenakan. Apabila harga emas tinggi, kos upah mungkin direndahkan, tetapi jika harga emas rendah, kos upah ini boleh dinaikkan. Ini bermakna, walaupun harga emas dunia turun, anda mungkin masih membayar pada harga yang tinggi disebabkan kos upah yang dimanipulasi.

4. Semakan Harga yang Lambat

Kedai emas biasanya cepat menaikkan harga barang kemas apabila harga emas dunia naik, tetapi lambat menurunkan harga apabila harga emas turun. Ini bermakna anda mungkin membayar lebih untuk barang kemas walaupun harga emas dunia telah menurun. Harga hanya disemak dan diturunkan jika terdapat perubahan ketara dalam harga emas dunia.

Solusi Terbaik untuk Pelaburan Emas

Untuk pelaburan yang lebih menguntungkan, anda boleh mula menabung emas pelaburan 999 yang mempunyai spread lebih rendah dan jaminan belian balik, seperti emas jenama Public Gold. Emas pelaburan 999 bukan sahaja menawarkan spread yang lebih rendah tetapi juga mempunyai likuiditi yang lebih tinggi dan kos upah yang lebih rendah.

Pelaburan dalam emas memerlukan pengetahuan dan strategi yang tepat. Barang kemas mungkin tidak sesuai sebagai alat pelaburan kerana harga per gram yang lebih mahal, kadar spread yang tinggi, kos upah yang dimanipulasi, dan semakan harga yang lambat. Sebaliknya, pilihlah emas pelaburan 999 yang menawarkan spread yang lebih rendah dan keuntungan yang lebih cepat.

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi pasukan kami di www.wasap.my/01116197937 (admin).

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network dan mulakan perjalanan pelaburan emas anda dengan yakin dan berpengetahuan hari ini!

MUHAMAD FARITH IZWAN BIN REF'AT

Hi, saya FARITH. Saya merupakan penulis artikal di Farith.MY & saya juga merupakan Dealer Aktif Public Gold. Saya suka berkongsi ilmu tentang emas & kewangan. Jemput follow saya untuk lebih lagi ilmu tentang emas & kewangan. Nak mulakan simpanan emas serendah RM100 boleh terus hubungi saya.

Post a Comment

Previous Post Next Post