Selepas kekalahan dalam Perang Dunia Pertama, Jerman terpaksa membayar kos pemulihan negara-negara yang terjejas. Masalahnya, Jerman tidak dapat menggunakan matawang mereka sendiri untuk membayar pampasan ini kerana Papiemark telah merosot nilainya. Sebelum perang, mereka berperang menggunakan dana pinjaman. Apabila tiba masa untuk membayar balik pinjaman ini, Jerman terpaksa menggunakan matawang asing. Untuk memudahkan proses mendapatkan matawang asing, pemerintah Weimar pada masa itu membuat keputusan untuk mencetak lebih banyak duit kertas Papiemark. Hasilnya? Nilai Papiemark terus merudum!
Keadaan ini menjadi sangat teruk pada tahun 1923. Bayangkan, harga sebiji roti yang bernilai 250 Papiemark pada bulan Januari 1923 melonjak kepada 200 juta Papiemark pada November 1923. Keadaan ini digambarkan dengan kisah seorang budak lelaki yang disuruh oleh ibunya membeli dua bungkus roti. Dalam perjalanan, budak itu tergoda untuk menonton perlawanan bola sepak. Selepas perlawanan tamat, dia pergi ke kedai untuk membeli roti, tetapi mendapati duit yang dibawanya hanya cukup untuk membeli sebungkus roti sahaja. Dalam tempoh masa yang singkat, nilai duit tersebut telah jatuh begitu drastik sehingga ia tidak lagi cukup untuk membeli barang yang sama.
Kisah ini adalah peringatan tentang betapa rapuhnya nilai matawang kertas. Ia tidak mempunyai nilai intrinsik. Ketika ekonomi jatuh, nilai duit kertas boleh lenyap sama sekali, menjadi sekadar kertas yang tiada makna. Sebaliknya, emas dan perak memiliki nilai yang berdiri sendiri. Tidak kira ketika perang atau damai, di mana sahaja di dunia ini, emas dan perak pasti kekal bernilai.
Oleh itu, dalam usaha kita menyimpan wang, jangan lupakan pentingnya menyimpan emas dan perak sebagai pelindung kekayaan. Dengan hanya RM100, anda sudah boleh mula menabung emas. Daftar sahaja akaun GAP!
Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi team saya di www.wasap.my/01116197937 (admin).
Jom! Sertai keluarga besar G100 Network dan mulakan langkah bijak anda hari ini!