Namun, zaman berubah. Nilai RM1 dulu sangat besar. Bawa seringgit ke sekolah sudah cukup untuk membeli nasi dan air balang. Tapi sekarang, apa yang dapat dibeli dengan RM1? Mungkin hanya sekadar air balang, kalau ada pun. Anak-anak zaman sekarang masih bawa RM1 ke sekolah? Rasanya, sudah tidak lagi.
Peredaran zaman dan perubahan ekonomi telah mengubah segalanya. Dulu, nasi lemak lima puluh sen. Hari ini, nasi lemak yang sama mungkin berharga seringgit lima puluh sen atau lebih. Lima atau sepuluh tahun dari sekarang, bayangkan berapa pula harga nasi lemak ketika itu. Inilah yang dinamakan inflasi – kenaikan harga barangan dan perkhidmatan dari masa ke masa yang mengurangkan nilai kuasa beli wang kita.
Inflasi adalah realiti yang kita semua hadapi. Jika kita terus menyimpan wang tanpa mengambil langkah untuk melindunginya daripada inflasi, nilai simpanan kita akan terus susut. Sejarah sudah membuktikan bahawa mata wang boleh jatuh nilainya dengan cepat. Pada tahun 1997, nilai mata wang RM jatuh sebanyak 50% dalam tempoh 12 bulan sahaja. Bayangkan simpanan kita hilang separuh nilainya dalam setahun. Sangat menakutkan, bukan?
Namun, emas telah terbukti sebagai penyimpan nilai yang hebat. Sejak 1,400 tahun yang lalu hingga hari ini, satu keping dinar emas masih mampu membeli seekor kambing, sama seperti dulu. Emas bukan sahaja melindungi kekayaan kita daripada inflasi tetapi juga mengekalkan kuasa beli kita sepanjang masa.
Ada yang kata emas hanya untuk orang kaya. Tapi itu cerita lama. Sekarang, sesiapa sahaja boleh mula menabung emas dengan platform Gold Accumulation Program (GAP). Dengan serendah RM100, anda sudah boleh mula menyimpan emas dan melindungi kekayaan anda daripada inflasi.
Jangan tunggu lagi!
Sertai keluarga besar G100 Network dan mulakan langkah pertama anda untuk menabung emas hari ini.
Jangan biarkan inflasi menghakis nilai simpanan anda. Bertindak sekarang untuk masa depan yang lebih cerah dan terjamin.